Friday, December 6, 2013

menteri & 10 ekor anjing :)

Assalammualaikum :)

hm just nk share satu kisah kte baca dlm majalah :)
mayb ade antara korg yg dah pernah baca .
kisah ni menarik :)

               Suatu hari seorang raja yang sangat zalim membeli 10 ekor anjing yang sangat ganas . Katanya mahu pelihara anjing itu dan sesiapa dalam kalangan rakyat atau menterinya yang khianat , nasib mereka akan berakhir sebagai makanan kepada 10 ekor anjing tersebut !
               Kemudian dalam suatu persidangan , raja pun bertitah ..
 " Sesiapa yang khianat walaupun sudah lama menjadi menteri akan menerima hukuman santapan 10 ekor anjing ganas di hadapan khalayak ramai "
               Seorang menteri bangun dan berkata kepada raja 
" Saya berpendapat hukuman ini tidak adil . Sebagai seorang raja , sepatutnya hal-hal hukuman diberikan kepada yang berhak dan bertanggungjawab "
                Raja pun bangun dengan wajah yang merah padam . Dengan marahnya raja terus menjatuhkan hukuman santapan 10 ekor anjing yang ganas kepada menteri yang menasihatinya itu . Menteri tersebut terkedu .

Tahu x apa jd lepas tu ? ....

                Menteri itu meminta masa 10 hari sebelum hukuman itu dijatuhkan dan raja membenarkan . Kemudian , menteri itu pergi menemui penjaga 10 ekor anjing yang ganas itu dan meminta untuk memeliharanya selama 10 hari .
                Penjaga itu pun menyerahkan tugas memelihara 10 ekor anjing ganas kepada menteri tersebut . Dalam jagaanya , menteri itu memberikan segala keperluan yang secukupnya seperti makanan , tempat tidur dan mengubati anjing tersebut ketika sakit .
                Tibalah waktu hukuman dilaksanakan . 10 ekor anjing ganas itu pun dilepaskan di dalam sebuah sangkar . Lalu menteri yang sudah diikat ditolak ke dalam sangkar anjing2 ganas itu . Raja dengan galaknya tidak sabar melihat menteri itu dikunyah isinya . 

Tapi .....

                 Anehnya , 10 ekor anjing ganas itu tidak menggigit menteri tersebut bahkan menjilat2 betisnya . Raja hairan lalu bertanya .
" Apa yang telah kau lakukan sampaikan anjing2 beta yang ganas itu boleh menjilat kakimu ? "
                  Lalu menteri itu berkata ..
" 10 ekor anjing yang ganas itu boleh mengenangkan jasaku memeliharanya selama 10 hari . Tapi kau wahai raja , 10 tahun aku menjadi menteri , kau langsung tidak mengenangkan jasaku selama itu "

Raja pun tertunduk malu .. 

jadi , rasanya dpt bnyk pengajaran kn ?
tp major point dia is kte kenalah appreciate semua org sekeliling kita ,
lebih2 lagi family , kwn2 kte yg selalu ada untuk kte masa susah & senang :)
inshaaAllah hidup kita akan tenang :)

appreciate them when they're still there :)
Sincerely from Amira Aina :)

No comments:

Post a Comment