Tuesday, January 6, 2015

Allah sentiasa ada

Assalammualaikum 

menulis isi yang terkandung dalam sebuah buku supaya diri saya sendiri lebih peka tentang perkara ini . Moga bermanfaat juga .

Sekranya Allah s.w.t. Itu kita rasakan hanya wujud dalam solat , ketika majlis baca Al-Quran , ketika di masjid , atau pada bulan yang mulia seperti Ramadan , semata-mata , memanglah kita akan terdorong melaksanakan pelbagai kemungkaran . 

Allah 'tiada' semasa kita membuat maksiat ?
Persoalannya , apakah benar Dia tiada ?
Atau kita yang tidak benar2 merasai kewujudanNya ?

Pasti berasa malu , berbuat maksiat dan ingkar pada saat pemilik alam semesta sedang memerhati dan menilai kita . Kemudian , esoknya Dia menyambung lagi kehidupan kita , tidak pula menamatkannya , bagi memberikan kita peluang bertaubat , tetapi kita lemparkan peluang itu dan masih lagi melakukan dosa tanpa segan silu .

Kehidupan apakah itu ?


Marilah kita sama2 keluar daripadanya . Rasailah kewujudan Allah s.w.t. Lihatlah ke dalam diri kita , ke alam semesta , dan rasailah kerdilnya diri ini .

Moga Allah s.w.t. Mengampunkan kita . 

Catatan Hilal Asyraf 
Untuk kita pendosa : 30 hari mencari Tuhan

2 comments:

  1. Amira buat shoutbox senang people nak connect :) Aku nak post a appreciation post about you in my blog. Check it out later :)

    ReplyDelete
  2. Thankyou tun ! dah baca dh , i really appreciate it thankyou for the nice thoughts :') *tbe2 sedih hahah . tulah inshaaAllah aq buat !

    ReplyDelete